
|
|
|
Meminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan
batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun
rumpai, bakteria, virus, haloform dan pelbagai bahan kimia secara
berterusan bukan sahaja berbahaya malah berisiko diserang penyakit
kanser, menjadi mandul, mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan
sistem saraf, kepincangan sistem metabolisme dan kepincangan sistem
imun. Kesejahteraan hidup bergantung kepada proses penulenan dan pengaktifan yang berkesan. |
Pencemaran Sungai

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.

Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai.
Punca Pencemaran & Kesan Pencemaran…
