Air Minuman Anda

|
|
|
Meminum air yang penuh
bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi,
bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus,
haloform dan pelbagai bahan kimia secara berterusan bukan sahaja
berbahaya malah berisiko diserang penyakit kanser, menjadi mandul,
mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan sistem saraf, kepincangan
sistem metabolisme dan kepincangan sistem imun. |
| _ |
Air & Kehidupan

* Water & Life
Badan manusia secara puratanya terdiri daripada 70% air. la
memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi badan seperti
mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. la
juga diperlukan untuk fungsi penghadaman, penyerapan, peredaran dan
perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah
faktor utama pengekalan suhu badan normal.
Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air
setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar pemakanan tidak dapat
menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana
kuantitinya berbeza mengikut individu, cuaca dan aktiviti yang
dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita
menjalankan aktiviti lebih satu jam di tengah panas ataupun kurang
sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar
air (2 liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di
dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.
Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu,
tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang seminggu. Air kosong
adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus
buah-buahan dan susu juga adalah sumber air yang baik. Makanan
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber
air yang sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan
haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan badan kehilangan
air.
Malangnya, kita biasanya minum air sekadar menghilangkan rasa haus,
tetapi tidak mencukupi untuk memulihkan jumlah air yang hilang.
Hasilnya, kita akan mengalami pelbagai tanda dan simptom biasa
seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kepanasan badan,
sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan di
samping meningkatkan risiko jangkitan
buah pinggang.
