Testimoni Pengguna

 

Chong Chong Peng

Johor Bahru, Johor

Kebiasaannya setiap pagi saya akan membuka paip air dan mengalirkan air selama 5 minit bagi mendapatkan bekalan air yang lebih terjamin mutunya. Selepas memasang sistem rawatan air WaterLife, saya tidak perlu berasa ragu-ragu lagi kerana air sistem WaterLife adalah bersih dan rasanya sedap. Selepas mengambil air sistem WaterLife, saya rasa lebih cergad bertenaga malah masalah kulit sensitif yang membelenggu saya dan anak-anak pun semakin reda.

 

Dewi Ida Yanti Bt Harahap

Johor Bahru, Johor

Saya dapat merasakan perbezaan pada kesihatan kulit saya setelah mengamalkan air sistem WaterLife. Dahulu kulit saya sensitif dan apabila terdedah kepada cuaca panas, ruam gatal akan timbul. Selain daripada itu, saya cenderung mengalami masalah gatal kulit tangan serta badan dan sering mendapatkan rawatan. Kini, setelah mengamalkan minum air sistem WaterLife masalah kulit saya semakin berkurangan dan kulit terasa segar selepas dibasuh dengan air sistem WaterLife.

 

Latifah @ Aina Emir, Novelis,

Bandar Baru Bangi, Selangor

Saya memilih sistem WaterLife kerana saya percayakan jenamanya. Lagipun, harganya berpatutan jika dinilai fungsi tersendiri tujuh jenis penapis yang terdapat di dalam sistem ini. Sebelum ini juga, saya biasa memasak air dahulu sebelum menyimpannya untuk minuman sekeluarga. Kini saya dapat menjimatkan gas kerana kami sekeluarga boleh terus minum air yang telah ditapis oleh sistem WaterLife tanpa ragu-ragu.

 

Mohd Fahmi bin Abdul Aziz

Pemain Skuad Bolasepak Liga Premier, Pendang, Kedah

Jika dahulunya saya cepat penat semasa berlatih, kini setelah mengamalkan minum air WaterLife badan saya rasa lebih segar, bertenaga dan berstamina. Bagi saya, bekalan air yang bersih dan berkualiti amat penting untuk mengekalkan prestasi. Oleh itu, saya rasa sya telah membuat keputusan yang bijak.

 

 

 

Salmiah bt Mansur, Surirumah

Pendang, Kedah

Sejak mula menggunakan Sistem WaterLife, air minuman kami sekeluarga tidak lagi berbau dan rasanya juga sedap. Selain menggunakan air WaterLife sebagi sumber minuman, saya juga menggunakannya untuk membersih muka dan mandi. badan saya terasa lebih segar dan tekstur kulit pun lebih baik.

 

_

_

See Wee Dee, Kakitangan Hospital

Pulau Pinang

Saya memilih sistem WaterLife kerana harganya berpatutan, fungsinya sama hebat dengan jenama-jenama terkenal di pasaran dan juga kerana ia didatangi dengan penapis teknologi nano bersifat antibakteria yang berupaya menyingkirkan mikro organisma dalam air. Hampir 70% komposisi tubuh manusia terdiri daripada air, sebab itu air sangan penting kepada kesihatan kita. Saya amat mengambil berat tentang air minum yang selamat dan kesihatan anak-anak saya. Sejak memasang sistem WaterLife di rumah, anak-anak saya lincah serta sihat dan sebagai ibu, saya berasa lebih tenang dan sejahtera.

 

Goh Gaik Bee, PPenjaga kanak-kanak (babysitter)

Pulau Pinang

Saya bertugas menjaga anak-anak kecil dan pencemaran air hari ini mendesak saya membeli sistem WaterLife. Biasanya anak-anak tidak suka minum air kosong tetapi kanak-kanak di bawah jagaan saya suka minum air sistem WaterLife. Salah seorang kanak-kanak jagaan saya mudah mendapat bintik-bintik merah yang gatal pada kulitnya. Selepas dimandikan dengan air sistem WaterLife, ras gatal itu dapat dikurangkan. Ikan peliharaan saya juga lebih gemuk serta besar dan sayur-sayuran tetap segar selepas dimasak setelah saya menggunakan air sistem WaterLife.

 

 

Hj. Yusuf bin Mohamad, Ahli Perniagaan

Kulim, Kedah

Air berkualiti penting untuk kesihatan sebab kebanyakan penyakit berpunca daripada air. Saya tertarik dengan sistem WaterLife kerana keistimewaan penapis tourmaline. Selain untuk bekalan air minuman, saya menggunakan air sistem WaterLife untuk membasuh makanan dan memasak. Saya dapati makanan lebih tahan lama dan tidak mudah basi. Saya juga gemar mandi dengan air sistem WaterLife kerana badan saya sesegar mandi air bukit.

 

Noraini binti Zakaria, Surirumah

Bidor, Perak

Bagi saya sistem penapisan air amat penting untuk setiap keluarga kerana kualiti air masa kini yang semakin terancam. Air yang dididih sebelum diminum pun belum tentu selamat untuk kesihatan. Saya puas hati dengan kualiti air minuman sistem WaterLife kerana semenjak menggunakannya lima bulan lalu, saya ras lebih bertenaga, mudah berpeluh dan saya, suami serta anak-anak jarang jatuh sakit.

 

Goh Ah Heng, Pemilik Restoran

Jinjang Utara, Selangor

Saya memasang sistem WaterLife kerana tidak tahan dengan bau klorin dan kekotoran paip. Tak sangka, selepas memasang sistem WaterLife, pelanggan begitu suka minum di restoran saya. Kata mereka minuman yang dihidangkan di restoran saya sangat harum. Sebenarnya saya masih menggunakan daun teh yang sama, bezanya kini saya menggunakan air tapisan sistem WaterLife untuk membancuh kopi dan teh. Bau minuman pekat dan harum, rasanya pula lebih sedap.

 

_